«

»

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SESI 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1
bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah
Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012. Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga
murid Tahun 6 akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM) sepenuhnya. Guru kelas Tahun 6 dipohon memastikan profil murid dan
ibubapa/ penjaga adalah terkini. Kegagalan guru kelas berbuat demikian boleh
menyebabkan proses permohonan murid tersebut akan tergendala atau terganggu.

Permohonan ke sekolah SBP dan Sekolah Kawalan (SMKA, SABK, KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan) dan pengesahan maklumat akademik bagi permohonan tersebut melalui guru kelas hanya boleh dilakukan mulai 21 september 2012. Ini bagi memberi laluan kepada permohonan melalui ibubapa/ penjaga terlebih dahulu.

Perhatian

Bagi ibu/bapa/penjaga yang gagal log masuk ke permohonan sekolah kawalan dan sekolah berasrama penuh. Sila pastikan nombor kad pengenalan ibu/bapa/penjaga betul dan angka giliran murid betul. Kemudian klik butang ‘Kemaskini Data Murid’ pada info murid tersebut.

Ibu bapa boleh melayari laman web http://parents.sekolahmalaysia.com/ untuk
tujuan tersebut dengan butiran berikut:

id pengguna : No giliran upsr
kata laluan   : no kp ibu/bapa/penjaga

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2012.

Harap maklum.

**download panduan permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan di sini

1. Panduan am Permohonan SBP
2. 
Panduan mengisi borang permohonan online
3. Senarai sekolah SBP 

==========================================================================