«

»

INFO PENEMPATAN KE TINGKATAN 1 2013

Alhamdulillah proses permohonan penempatan ke tingkatan 1 sesi 2013 murid tahun 6 SK Taman Senangan telah pun selesai. Terima kasih kepada semua yang terlibat melancarkan urusan tersebut.

Kini pastinya semua tertunggu-tunggu apakah kesudahan atau hasil permohonan tersebut. Bilakah masanya? Sekolah mana? Apa tindakan seterusnya? Dan macam-macam lagi persoalah yang bermain di fikiran.

Insyaallah kali ini admin ingin membantu menyelesaikan persoalan tersebut. Sila ambil perhatian pada butiran di bawah:

1. Surat tawaran ke Tingkatan 1 sesi 2013 akan mula dikeluarkan di PPD pada 5 Disember 2012. Surat tawaran ini hanya boleh diambil oleh pihak sekolah sahaja (PKHEM)

2. Ibu-bapa atau waris boleh mendapatkan surat tawaran tersebut di sekolah bermula 6 Disember 2012. Hanya murid, ibu-bapa, waris terdekat atau penjaga sahaja dibenarkan mengambil surat tawaran tersebut. Wakil tidak dibenarkan.

3. Sijil Tamat Sekolah dan Slip Keputusan Percubaan (rasmi) juga diedarkan pada hari tersebut. (Sila ambil dan tanda tangan pada senarai nama murid yang disediakan).

4. Pendaftaran di sekolah menengah seperti dalam surat tawaran adalah pada 13 Disember 2012. (Sila ikut arahan seperti dalam surat tawaran semasa hendak mendaftar di sekolah menengah).

5. Sekiranya ingin membuat rayuan penempatan atau bertukar sekolah sama ada dalam daerah, luar daerah dan ke negeri lain, sila uruskan di sekolah menengah yang ditawarkan. SK Taman Senangan tidak lagi terlibat dalam urusan rayuan dan pertukaran sekolah murid. Tarikh untuk membuat rayuan atau pertukaran adalah pada 13 dan 14 Disember 2012.

6. Keputusan rayuan penempatan boleh diambil di sekolah menengah tempat rayuan dibuat pada 26 Disember 2012.

7. Tarikh-tarikh di atas adalah seperti yang terdapat dalam borang permohonan yang diedarkan sebelum ini. Sebarang pindaan tarikh jika ada) akan dihebahkan kepada ibu bapa dan waris dari masa ke masa melalui laman web ini.

Sekian, harap maklum.

Admin.