PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN SESI 2016 PULAU PINANG

Permohonan ke sekolah kawalan sesi 2016 bagi negeri Pulau Pinang telah dibuka bermula 1 September 2015. Permohonan adalah terbuka kepada semua murid tahun 6 sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan sahaja. Permohonan tahun ini dilakukan secara online oleh ibu bapa / waris sendiri. Bagaimanapun, bagi ibu bapa atau waris yang tidak dapat melaksanakan permohonan secara online boleh meminta guru kelas membuat permohonan tersebut.

MAKLUMAT PERMOHONAN

Tarikh Dibuka : 1 September 2015
Tarikh Tutup   : 30 September 2015
Laman web    : https://public.moe.gov.my/

Satu taklimat khas berkaitan permohonan ke sekolah kawalan akan diadakan di sekolah pada

Hari        : Selasa
Tarikh    : 15 September 2015
Masa     : 9.00 pagi
Tempat : Dewan D’Senangan.

*Ibu bapa dan waris yang berminat untuk memohon sekolah kawalan bagi anak/anak jagaan masing-masing, bolehlah hadir ke taklimat tersebut untuk menddapat maklumat lanjut.

Download

BORANG PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN T1 2016
MANUAL PENGGUNA IBUBAPA SEK KAWALAN T1 2016 

*Ibu Bapa dan waris yang ingin mendapat maklumat lanjut tentang permohonan ini bolehlah hubungi pihak sekolah (Pn Rusila-PKHem) atau (Cg Mohd Zambri)

About the Author