Permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2016

MRSM MARA 2016 Online

Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2016 untuk pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2015 Berikut  disertakan maklumat berkaitan antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA tahun 2016

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2016
Dibuka 19 Oktober 2015
Ditutup 8 November 2015

CARA DAN LANGKAH UNTUK BUAT PERMOHONAN ONLINE
Calon hendaklah mendapatkan kata laluan terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem borang permohonan online. Kata laluan boleh didapati dengan mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 menerusi sistem di pautan berikut :  https://mohon.mrsm.edu.my/form1/registerUser.jsp

daftar penggunaSetelah berjaya mendapatkan kata laluan, calon boleh mula mengakses sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan Sila layari sistem Borang Online Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun Pengambilan 2016 di pautan berikut : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

permohonanCalon boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) menerusi judul pautan berikut :
PDF Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online)

SYARAT UMUM KELAYAKAN BAGI PELAJAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015. Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti.

PENTING!
MUAT TURUN (DOWNLOAD) MAKLUMAT LENGKAP CARA PERMOHONAN PDF
Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2016 Bagi Semenanjung Malaysia

SYARAT UMUM KELAYAKAN BAGI PELAJAR DI SABAH DAN SARAWAK
Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah Dan Sarawak
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dapat skor 5A* lagi baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015
Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti

PENTING!
MUAT TURUN (DOWNLOAD) MAKLUMAT LENGKAP CARA PERMOHONAN PDF Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2016 Bagi Sabah Dan Sarawak.

About the Author