PERCUBAAN UPSR TAHUN 2016

Ibu bapa / Penjaga / Waris murid,

SK Taman Senangan,

13050 Butterworth.

 

Tuan/Puan,

 

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa ujian tersebut akan diadakan pada 26, 27, 28 dan 29 Julai 2016 iaitu pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

 

Sekiranya anak tuan tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan, mereka tidak dibenarkan mengambil ujian tersebut kecuali mempunyai surat rasmi dengan alasan yang kukuh dan dihantar kepada pihak sekolah. Maklumkan kepada guru kelas dan guru mata pelajaran setelah anak tuan kembali semula ke sekolah untuk menduduki ujian tersebut.

 

Berikut disertakan jadual ujian tersebut untuk rujukan dan panduan tuan. Kerjasama pihak tuan untuk memastikan kehadiran anak-anak tuan bagi menduduki ujian tersebut amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

JADUAL WAKTU PERCUBAAN UPSR TAHUN 2016

 

TARIKH / HARI WAKTU MATA PELAJARAN MASA
SELASA

26 JULAI 2016

  8.15 pg –   9.30 pg BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN
(013)
1 Jam 15 Minit
  10.45 pg – 12.00 pg BAHASA INGGERIS PENULISAN
(014)
1 Jam 15 Minit
RABU

27 JULAI 2016

  8.15 pg –   9.15 pg MATEMATIK
(015/1)
1 Jam
  10.45 pg – 11.45 pg MATEMATIK
(015/2)
1 Jam
KHAMIS

28 JULAI 2016

  8.15 pg –   9.15 pg SAINS
(018/1)
1 Jam
  10.45 pg – 11.45 pg SAINS
(018/2)
1 Jam
JUMAAT

29 JULAI 2016

  8.15 pg –   9.30 pg BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
(011)
1 Jam 15 Minit
  10.45 pg – 12.00 pg BAHASA MELAYU PENULISAN
(012)
1 Jam 15 Minit


Nota:

Jadual adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan jika ada akan dimaklumkan kemudian.

Calon diingatkan agar berada dalam  kelas 10 minit sebelum waktu sebenar ujian bermula.

Klik untuk download Jadual Waktu Percubaan UPSR 2016

About the Author