PERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017

Ibu bapa / Penjaga / Waris murid,
SK Taman Senangan,
13050 Butterworth.

Tuan/Puan,

PERCUBAAN UPSR TAHUN 6 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dimaklumkan bahawa Ujian tersebut akan diadakan pada 24, 25, 26 dan 27 Julai 2017 iaitu pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis.
  1. Keputusan Ujian ini amat penting dan akan menentukan kelayakan murid untuk permohonan ke sekolah pilihan negeri, Sekolah Berasrama Penuh dan MARA.
  1. Sekiranya anak tuan/puan tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan, mereka tidak dibenarkan mengambil ujian tersebut kecuali mempunyai surat rasmi dengan alasan yang kukuh dan dihantar kepada sekolah. Maklumkan kepada guru kelas dan guru mata pelajaran setelah anak tuan kembali semula ke sekolah.
  1. Bersama ini juga disertakan jadual ujian tersebut untuk rujukan dan panduan tuan.Kerjasama pihak tuan untuk memastikan kehadiran anak-anak tuan bagi menduduki ujian tersebut amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Klik link di bawah untuk download jadual

Jadual Waktu Percubaan UPSR T6 2017

 

About the Author