Taklimat Permohonan Ke Tingkatan 1 SBP 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon yang cemerlang dalam akademik untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah kelolahan KPM yang bertujuan untuk memupuk serta mengembangkan potensi pelajar cemerlang di samping menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, terancang, terkawal dan sempurna.
SBP pada sesi pengambilan ini akan membuka pendaftaran untuk kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4. Permohonan Kemasukan SBP 2018 dibuka kepada calon UPSR dan PT3 2017 yang berkelayakan.

Murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.

Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017.

SK Taman Senangan telah pun mengadakan satu taklimat berkaitan permohonan kepada ibu bapa dan waris seperti butiran berikut:
Tarikh : 27 Oktober 2017
Masa : 8:30 am hingga 10:30 am
Tempat : Dewan Mutiasa D’Senangan

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan bahan taklimat jika diperlukan.

Bahan Taklimat

Admin

Made with Padlet
About the Author