Hari Kemuncak Kokurikulum SKTS 2017 dan Legend Rides Steel 2017


Pada hari Sabtu 11 November 2017, SK Taman Senangan sekali lagi mengadakan sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum. Sambutan ini dianjurkan pihak sekolah di bawah program Ko kurikulum dengan kerjasama PIBG SK Taman Senangan.

Banyak aktiviti berbentuk permainan dan kekeluargaan telah dirancang. Terdapat juga gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah :

A. Senamrobik bersama Instruktor Norli

B. Pameran daripada FAMA, BOMBA, Medifeet (kasut), Klinik kesihatan kepala batas, Zahul optometry (mata), PTPTN, Bomba dan lain-lain lagi.

C. Pertandingan Fashion show tahap 1, Fashion show tahap 2, Pertandingan ‘Ibuku Glam’, Pertandingan ‘How Do I Look’ dan lain-lain.

D. Permainan air di padang sekolah dan permainan lain.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kayuhan Legend Rides Steel turut diadakan. Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat basikal bukan sahaja dari penduduk sekitar malah penyertaan terbuka hingga ke negeri-negeri lain. Bukanlah tujuan untuk mencari untung tetapi adalah untuk meramaikan suasana karnival pada hari tersebut.

Datanglah bersama keluarga anda dan sama-samalah kita jayakan hari ini demi anak-anak murid SK Taman Senangan

Klik untuk lihat => Tentatif Program

 

 

 

About the Author