Taklimat Jaya Waris 1 dan Penetapan Target Murid Tahun 6 2018

Taklimat Jaya waris 1 dan Penetapan Target Murid tahun 6 telah diadakan pada 27 januari 2018 yang lalu. Taklimat dianjurkan oleh unit kaunseling sekolah di bawah kendalian Pn Rosmawaty.

Acara dimulakan dengan pengacara mempersilakan Ust AB Nazir untuk membacakan doa. Program diteruskan selepas itu dengan ucapan alu-aluan oleh tn. Guru Besar Pn Arifah binti Ariffin. Selepas itu taklimat disampaikan pula oleh Setiausaha Peperiksaan iaitu en Mohd Zambri bin Dahaman. Taklimat PAJSK dan SEGAK pula disampaikan oleh en. Chen Thean Hock selaku Penolong Kanan Kokurikulum. Program diakhiri dengan taklimat oleh kaunselor berkaitan Ujian Psikometrik dan bacaan ikrar murid dan penetapan target.

Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian ibu bapa dan waris untuk hadir. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan merupakan sokongan moral buat anak-anak dan memberi kekuatan buat guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6 ke arah mencapai target yang dimeteri.

Bahan Taklimat (Klik untuk Download)

TAKLIMAT HEADCOUNT DAN PENETAPAN TARGET UPSR 1 2018
FAQ LP (UPSR DAN PASR 2017)
FAQ BKK (PAJSK).docx
FAQ BPK ( UJIAN SEGAK)
FAQ BPSH (PPsi).docx
FAQ BPK (PBD)

About the Author