Pendaftaran Prasekolah Sesi 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah bagi sesi tahun 2019/2020 akan dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh rasmi pendaftaran murid Prasekolah dijangka bermula bulan Mac 2018. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 02 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 bolehlah membuat pendaftaran untuk anak masing-masing.

Berikut adalah panduan mendaftar yang ibu bapa perlu patuhi untuk anak-anak mereka ke peringkat pendidikan tersebut.

Syarat atau Kelayakan Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah

  • Syarat pendaftaran adalah terbuka kepada anak warganegara Malaysia sahaja.
  • Anak-anak yang lahir pada 02 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak didaftarkan untuk kemasukan 2019/2020.

Tarikh Pendaftaran Online dan Permohonan Secara Manual

Tarikh Dibuka Tarikh Ditutup
Online _ Mac 2018 _ April 2018
Manual _ Mac 2017 _ Mei 2018

1. Pendaftaran Pengguna. Masuk laman e-prasekolah yang akan tertera di bawah. Pastikan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah ini telah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran akses maklumat dalam talian online.

Aplikasi Daftar Pengguna Borang Manual Daftar Pengguna Ibu Bapa

2. Untuk pendaftaran yang dilakukan secara manual, ibu bapa boleh terus berkunjung ke sekolah atau institusi pra-sekolah KPN beserta dengan dokumen lengkap mengikut tarikh buka pendaftaran seperti yang dinyatakan di atas. Senarai sekolah atau institusi hanya boleh didapati dalam laman ini: Senarai Sekolah Seluruh Malaysia

Manakalah ibu bapa yang membuat pendaftaran secara atas talian online, setelah melengkapkan borang dalam talian online, perlulah mencetakborang/surat permohonan pendaftaran beserta dokumen yang berkaitan untuk dihantar ke sekolah yang dipohon untuk anak mereka. Tarikh tutup hantar dokumen adalah sebelum _ Mei 2018.

Mengenai keputusan permohonan pendaftaran online, ibu bapa hanya perlu Login laman pengguna seperti pautan yang diberikan di bawah;

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
_ Ogos 2018 _ Ogos 2018
Pautan: Semakan dan Panduan Rayuan Prasekolah 2018

Manakalah semakan keputusan pendaftaran prasekolah melalui manual, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak di sekolah tempat permohonan dibuat.

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
_ Ogos 2018 -belum ada tarikh tutup-

*Maklumat dan jadual rasmi adalah tertakluk kepada perubahan dan kemaskini akan dilakukan dari masa ke semasa setelah pengumuman rasmi dikeluarkan.

About the Author