Merentas Desa SKTS 2018

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini yang biasanya berjarak 4-12 kilometer, mungkin termasuk permukaan melibatkan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan; pelari dinilai berdasarkan masa individu dan markah pemberian untuk pasukan. Kedua-dua lelaki dan wanita peringkat semua umur bertanding dalam merentas desa dalam suasana alam yang pelbagai termasuk hujan, panas terik. Apapun, tujuannya adalah untuk menyihatkan tubuh badan.

Di SKTS, laluan merentas desa tidaklah boleh digambarkan sedemikian. Disebabkan persekitaran sekolah yang dikelilingi taman perumahan, laluan merentas desa terpaksalah melalui rumah-rumah penduduk.

Peserta pula terdiri daripada murid tahap 2 lelaki dan perempuan. Mereka dilepaskan secara berperingkat untuk memudahkan kawalan dan menjaga keselamatan mereka. Bagi setiap kategori, seramai 15 peserta terawal tamat akan menerima hadiah.

Aktiviti merentas desa tahun ini mendapat kerjasama pibg, anggota polis dari Balai Polis Telok Air Tawar dan penduduk setempat.

Acara merentas desa tamat lebih kurang jam 10.00 pagi dan diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada peserta yang menang. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh tn GB SKTS iaitu Pn Arifah binti Ariffin dan barisan penolong kanan sekolah.

Syabas kepada semua yang menang. Kepada yang tidak menang, sebenarnya anda juga adalah pemenang apabila berjaya menghabiskan jarak yang ditetapkan.

Maju Sukan Untuk Negara.

About the Author