Peperiksaan Akhir Tahun 2018

Ibu bapa / Penjaga / Waris murid,
SK Taman Senangan,
13050 Butterworth.

Tuan/Puan,

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH 2 (PKS 2)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Dimaklumkan bahawa PKS 2 akan bermula pada 19 Oktober 2018 hingga 26 Oktober 2018 .

2. Murid-murid tahun 1 hingga 6 akan menduduki PKS 2.

3. Keputusan peperiksaan akan dimasukkan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

4. Murid yang tidak hadir tidak dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan alasan yang kukuh dan relevan. Maklumkan dengan segera kepada guru kelas jika anak tuan tidak dapat hadir ke sekolah.

5. Bersama ini disertakan jadual PKS 2 untuk rujukan dan panduan tuan.

Kerjasama tuan untuk memastikan kehadiran anak-anak bagi menduduki peperiksaan tersebut amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

 

……………………………………………..

PN AIFAH BINTI ARIFIN
Guru Besar
SK Taman Senangan.

Klik untuk download ==> Jadual Waktu PKSR2 2018
About the Author