Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR dan Pengambilan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Makluman terkini melalui kenyataan media KPM berkaitan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018. Keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 November 2018. Pada hari tersebut juga dokumen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) akan diedarkan kepada murid tahun 6. PPSR merupakan satu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

Pelaporan tersebut merangkumi :
1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
2. Pentaksiran Psikometrik (PPsi),
3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid bekeperluan Khas Masalah
Pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, Murid Tahun 6 SK Taman Senangan boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 29 November 2018 mulai jam 10:30 pagi di SK Taman Senangan.

Untuk semakan, calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui
mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pada 29 November 2018 (10:00 pagi)
sehingga 08 Disember 2018 (06:00 petang).

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR 2018

Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: UPSR KC001A040 sms ke 15888

Semakan keputusan UPSR dan PASR 2018 juga boleh dibuat melalui perkhidmatan atas talian di URL: lp.moe.gov.my.

Nota:
Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

About the Author