Temuduga Khas Murid Ke Tingkatan 1 TMUA di SMKA Sheikh Abdullah Fahim Sesi 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan temuduga Khas Murid Ke Tingkatan 1 aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SMKA Sheikh Abdullah Fahim ambilan Sesi 2019 seperti butiran berikut :

SEKOLAH IKUT PPD TARIKH TEMUDUGA
PPD SEBERANG PERAI UTARA
PPD BARAT DAYA
PPD TIMUR LAUT
3 DISEMBER 2018
ISNIN 
PPD SEBERANG PERAI SELATAN 4 DISEMBER 2018
SELASA
PPD SEBERANG PERAI TENGAH 5 DISEMBER 2018
RABU

Sehubungan itu, murid yang telah memohon ke SMKA Syeikh Abdullah Fahim secara online melalui Aplikasi APDM sebelum ini dan mendapat keputusan UPSR 2018 8A / 7A 1B / 6A / 5A 1B /4A 2B / 3A 3B dikehendaki hadir ke temuduga tersebut pada masa, tarikh dan tempat seperti yang ditetapkan di atas.

Pendaftaran         : 08:00 am hingga 09:00 am (Lewat tidak akan diterima)
Masa Temuduga : 09:00 am hingga 03:00 pm
Tempat                 : SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Nibung Tebal
Pakaian                : Seragam Sekolah (Lelaki bersongkok hitam)

Calon dikehendaki membawa bersama :
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Keputusan UPSR 2018

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Azhar Bin Hamid, Penyelia Kanan Pengurusan HEM, UPIPA di talian 04-6521061.

Sekian, harap maklum.

About the Author