Tatacara Menampal Lencana Sekolah dan Tanda Nama Pada Pakaian Seragam Sekolah

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk murid-murid kembali ke alam persekolahan. Tahun ini, tular lagi mengenai kedudukan lencana sekolah dan tanda nama murid pada baju dan tudung murid di laman sosial. Untuk itu, dikongsikan maklumat mengenai perkara tersebut.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993

Jika berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang ada, tiada yang memperincikan mengenai kedudukan lencana sekolah dan tanda nama murid. 

Berkenaan kedudukan nama di bawah lencana sekolah, KPM tidak meletakkan sebarang syarat mahupun peraturan. Pihak sekolah boleh berbuat demikian atas nama peraturan kecil sekolah. Peraturan yang digunakan oleh pihak sekolah boleh digunapakai dan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan KPM.

Contoh maklumat yang diperoleh pihak sekolah yang boleh digunapakai. 

Contoh kedudukan lencana dan tanda nama pada pakaian sekolah
About the Author