Memahami Soalan KBAT.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Umum sedia maklum, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran baharu (Tuan Jah Tuan Yusof, 2015). Menurut Onosko dan Newman (1994) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT merujuk situasi yang memerlukan seseorang individu penginterpretasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang tidak boleh disempurnakan hanya dengan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada secara rutin. Menurut Zevin (1995) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
Menurut Edward de Bono (1976) – Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan maklumat.

Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada pemikiran aras rendah (KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan. Berikut merupakan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dimulai dengan Tahap Mengaplikasi sehingga Tahap Mencipta.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan kata kunci dalam pembinaan soalan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengikut aras : 

  1. Mengingat

2. Memahami

3. Mengaplikasi

4. Menganalisis

5. Menilai

6. Mencipta

Semoga perkongsian pada kali ini, iaitu Himpunan Kata Kunci dalam Pembinaan Soalan KBAT dapat menjadi panduan khususnya kepada guru-guru dalam membina dan menggubal soalan pentaksiran sama ada soalan ujian, soalan peperiksaan dan sebagainya mengikut kehendak aras soalan yang betul dan tepat.

SUMBER :
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

About the Author