SEJARAH  SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan terletak di suatu kawasan seluas 9.467 ekar , No lot 2556,2557,2558 dan 1316 di mukim 7, Seberang Perai Utara. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik, Butterworth dan Pangkalan Udara Diraja Malaysia. (TUDM ).

Nama sekolah ini diambil bersempena dengan nama sebuah taman perumahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah ini dan merupakan taman perumahan yang terawal sekali dibangunkan di kawasan ini. Menurut sejarah awal, tempat ini lebih dikenali dengan Permatang Ku Chin. Ku Chin ini merupakan keturunan Diraja yang menetap di sini dan dianggap sebagai ketua penduduk tempatan.Terdapat versi lain yang menyatakan bahawa nama Permatang Kuching dikenali kerana ramai penduduk tempatan yang membuang kucing di kawasan ini.

Sekolah ini telah diasaskan pada hari Isnin, 4 Januari 1988 dengan jumlah murid seramai 91 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 69 orang murid Melayu,16 orang murid India dan 6 orang murid Cina. 3 buah bilik darjah disediakan untuk menempatkan mereka. Seramai 6 orang tenaga pengajar dan seorang kerani bertugas di sekolah ini iaitu :

  1. Osman b. Idris ( Guru Besar )
  2. Adnan b. Md Taib (Guru Agama )
  3. Che Asma bt. Che Embi ( Guru Penolong )
  4. Yeoh Eooi Beng ( Guru Penolong )
  5. Beoy Mei Peng ( Guru Penolong )
  6. Hayati bt. Abd Aziz ( Guru penolong )
  7. Rohayah bt. Kassim ( Kerani )

 

Pada peringkat permulaan sekolah ini dibuka, murid-muridnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Telok Air Tawar kerana bangunan sekolah ini belum siap sepenuhnya. Murid-murid dan guru berpindah ke bangunan baru pada 23 Februari 1989.

Kebanyakan murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak kakitangan TUDM, dan selebihnya merupakan anak-anak penduduk taman-taman perumahan di sekitar kawasan ini. Jumlah murid dan guru bertambah dari tahun ke tahun sehingga 31 Januari 2000 telah mempunyai seramai 750 murid dan 41 orang guru dan 6 orang staf sokongan.

Guru Besar yang pertama ialah Encik Osman b. Idris dan telah bertukar ke SK Pasir Gebu, Penaga pada tahun 1994. Tempat beliau telah diganti oleh Encik Abu Aziz b. Sahat pada tarikh yang sama. Encik Abdul Aziz telah bersara pada 15 Ogos 1996. Guru Besar yang menggantikan beliau ialah Pn. Hajah Khatijah bt. Salleh yang mula bertugas pada 16 Oktober 1996  sehingga 31 Mei 2001 bersara pilihan sendiri. Guru besar yang menggantikan beliau ialah Pn. Sahirah bt. Abd Rahman yang memulakan tugasnya mulai 16 November 2001 hingga  2007  . Mandat beliau telah diambil alih oleh Pn Hjh Siti  Rohani bt. Ismail yang memulakan tugas sebagai Guru Besar iaitu dari 2007 hingga 2008 . Tempat beliau diambil alih oleh Pn Asiah bt. Othman yang memulakan tugas beliau pada  2008  dan bersara pada 27.09.2011 . Guru Besar yang menggantikan beliau ialah Encik Ramlee b. Abu Bakar yang  memulakan tugas beliau pada  28.09.2011 hingga sekarang.