Alhamdulillah pagi ini berlangsung Program Haji Cilik di SK Taman Senangan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kerjasama Tabung Haji Kepala Batas. Program yang julung kali diadakan ini melibatkan murid islam daripada tahun 5 dan murid tahun 6. Program dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Shukur Janga.

Semoga dengan anjuran program ini dapat memberi manfaat, pengetahuan dan sentuhan jiwa kepada semua warga SK Taman Senangan terutama murid tahun 5 dan murid tahun 6 yang terlibat secara langsung.

Ucapan jutaan terima kasih buat pihak tabung Haji Kepala Batas atas kesudian menerima jemputan kami bagi mengendalikan aktiviti dan juga menyediakan peralatan yang digunakan sepanjang program berlangsung. Tidak dilupa juga ucapan terima kasih buat tuan GB, Pn Hjh Arifah, barisan Penolong Kanan, Ustaz dan Ustazah serta guru-guru yang terlibat menjayakan program ini.

Labbaikallahummalabbaik.